berita

Polis Sahkan Tulang Dijumpai Di Gua Berdekatan Acap Hilang Ialah Tulang Manusia, Tunggu Ujian DNA

April 23rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan penemuan tulang panjang dan serpihan tulang yang dipercayai tulang lama di dalam Gua Kandu Gopeng oleh penduduk kampung yang melakukan misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap pelari denai Gopeng Ultra yang hilang sejak 29 Mac lalu.

Menerusi Harian Metro, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati tulang yang ditemui itu adalah sah milik manusia.

Tulang itu sah tulang manusia

 

Tengah hari semalam, proses bedah siasat selesai di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh dan pengesahan awal mendapati serpihan tulang ditemui itu adalah tulang manusia dan ia juga adalah tulang lama.

Pada 2 petang semalam, kita sudah mengambil spesimen darah salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar.

Serpihan tulang dan spesimen darah diambil itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini untuk tujuan padanan DNA

Superintendan Hasron Nazri Hashim, Ketua Polis Daerah Kampar berkata hasil bedah siasat mendapati tulang lama itu dalam keadaan yang reput dan serpihan tulang itu akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor bagi meneruskan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas ianya telah disahkan tulang manusia.

Keputusan ujian DNA dalam masa 1-2 bulan

Padanan DNA akan dibuat bagi membuktikan kaitan penemuan tulang itu dengan misteri kehilangan Acap. Selain itu, dia turut memberitahu bahawa keputusan ujian DNA dijangka mengambil masa sebulan hingga dua bulan sebelum ianya boleh disahkan. Namun pihaknya akan cuba untuk mempercepatkan proses berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×