berita

Polis Selangor Sahkan Tiada Laporan Dibuat Farid Kamil Hari Ini

January 24th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Petang tadi pelakon dan pengarah Dato’ Farid Kamil ada memuatnaik satu foto menayangkan satu salinan laporan polis di depan balai. Namun butiran laporan berkenaan tidak dinyatakan di kapsyen Instagramnya.

Artikel berkaitan: Farid Kamil Posing Depan Balai Dengan Laporan Polis, Kes Apa Pula Ni?

Ramai yang tertanya-tanya kandungan laporan namun kenyataan Farid lebih bersifat umum dan hanya mahu ‘terus memperjuangkan nasib orang2 teraniaya’, menurutnya.

Polis sahkan tiada laporan dibuat Farid

Polis Selangor, menurut laporan Harian Metro bagaimanapun menafikan menerima sebarang laporan daripada Farid pada hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan yang dibuat sendiri oleh pelakon berkenaan.

Tetapi dia (Farid Kamil) ada membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada 18 Januari lalu bagi tujuan mengambil barang di rumahnya (di Damansara) saja.

Malahan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din juga turut membuat pengesahan bahawa sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan di buat oleh Farid Kamil di Balai Polis Mutiara Damansara atau mana-mana balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Laporan lama?

Laporan berkenaan dipercayai laporan lama yang dilakukan oleh pelakon berkenaan pada tahun 2017 berhubung sebuah syarikat produksi filem.

Laporan itu dilakukan selepas syarikat berkenaan didakwa menggunakan air longkang sewaktu penggambaran dan pihak Farid mahu memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×