Viral di media sosial mengenai sebuah video kemalangan jalan raya membabitkan seorang pelajar berusia 17 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Inspektor Sani’ Selamatkan Gadis Terlibat Kemalangan, Seronok Layan ‘Punchline’ Dalam Kereta
Panggil saksi bantu siasatan
Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis sedang menyiasat kejadian yang menimpa seorang pelajar berusia 17 tahun itu. Difahamkan pelajar tersebut maut selepas dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, dan kini sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.
Kita sudah dapat laporan daripada beberapa saksi. Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut.
Tambah Mohd Yusri, mereka sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan. Sekadar info, mayat pelajar tersebut sudah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.
Sumber: Harian Metro