Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis pada Selasa selepas isterinya mendakwa dia dipaksa berpakaian seperti bintang porno.
Artikel Berkaitan: Lelaki Miliki Rekod Jenayah Rogol Disyaki Rakam Adegan Amang Seksual Ibu & Anak Lelaki
Artikel Berkaitan: Liwat & Rakam Video Porno Remaja Lelaki, Ejen Insuran Dipenjara 33 Tahun
Ketagih pornografi
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan India Today, kejadian yang berlaku di New Delhi, India itu menyaksikan seorang wanita membuat laporan polis dengan mendakwa suaminya sangat ketagih terhadap pornografi yang menjadi punca dia dipaksa memakai pakaian seksi.
Berdasarkan aduan, wanita berusia 30 tahun itu juga menuduh suami dan keluarga mentuanya sering menuntut mas kahwin selain mengganggu mental serta fizikalnya.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis, Rohit Meena berkata pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes itu pada Selasa.
Kes tersebut kini sedang berada diperingkat awal siasatan.
Kenyataan saksi sedang direkodkan, bukti digital dan lain-lain bukti disimpan untuk tindakan lanjut berhubung kes ini.
Sekadar info, pasangan tersebut telah berkahwin pada 2020.
Sumber: India Today