berita

Polis Terima 6 Laporan Terhadap Pasar Raya Potong Daging Babi Tempat Potong Ayam

March 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, tular mengenai isu daging babi dikatakan dipotong di tempat pemotongan ayam di sebuah pasar raya. Berita tersebut telah membangkitkan amarah dalam kalangan warganet terutamanya pengguna beragama Islam kerana ia melibatkan isu kebersihan dan halal.

Susulan daripada dakwaan itu, pihak pasar raya tersebut telah tampil memberikan respon berhubung isu yang terjadi.

Artikel Berkaitan: Viral Isu Potong Daging Babi Di Tempat Pemotongan Ayam, Pasar Raya Di Banting Tampil Beri Penjelasan

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, sebanyak enam laporan diterima oleh pihak polis berhubung insiden tersebut.

Laporan polis dibuat

Foto: Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, pihaknya menerima laporan daripada individu dan badan bukan kerajaan (NG)) sejak Selasa yang lalu.

Semua laporan berkenaan telah dirujuk kepada pejabat agama Islam dan siasatan sedang dilakukan. Setakat ini polis hanya memantau di premis berkenaan dalam konteks keselamatan. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pejabat agama akan melakukan siasatan di premis itu.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaaan berkenaan seorang pekerja di pasar raya terbabit telah memotong daging babi di tempat sama pemotongan daging ayam. Difahamkan, pihak pengurusan pasar raya tersebut telah menggantikan peralatan yang digunakan, bahkan kawasan pemotongan daging itu juga telah disamak.

Tidak berakhir di situ, pekerja yang bertanggungjawab atas insiden terbabit juga telah diberhentikan kerja secara serta-merta.

Respon netizen

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×