berita

Polis Trafik Didakwa Tembak Penungggang Motorsikal Mungkin Akan Ditukar Bahagian – Ketua Polis

June 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini kecoh apabila seorang remaja lelaki berusia 21 tahun mendakwa dirinya ditembak seorang anggota polis trafik yang cuba memberhentikan motosikal yang dipandu rakannya. Terbaru menerusi Harian Metro, anggota trafik berkenaan telah dipertimbangkan untuk ditukar tugas ke bahagian pengurusan.

Tidak ditahan tugas perkhidmatannya

Menurut Assisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, Ketua Polis Daerah Kota Setar, pihaknya sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh berkenaan kejadian tersebut.

Malah, anggota trafik berkenaan juga sudah pun membuat laporan polis selepas kejadian. Buat masa ini, anggota trafik berkenaan tidak ditahan tugasnya dalam perkhidmatan polis sebaliknya akan dipertimbangkan untuk dialihkan penugasan daripada penguatkuasaan kepada pengurusan.

Dalam hal ini, apa yang kita nampak kedua-duanya melakukan kesalahan, baik dari pihak mangsa juga dari pihak polis namun terpulang kepada siasatan akan dijalankan nanti.

Terpulang kepada mereka nak kata apa

Dia turut menafikan dakwaan kenyataan keluarga mangsa kepada media yang mengatakan anak mereka ditinggalkan oleh anggota polis berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

Terpulang kepada mereka (keluarga mangsa) untuk mengatakan apa saja tetapi anggota kami tidak pernah berbuat demikian dengan meninggalkan mangsa di tepi jalan.

Malah, kenyataan bahawa anggota trafik itu ‘memberi amaran supaya tidak memberitahu sesiapa saja’ mengenai perkara itu juga adalah tidak benar dan biarlah siasatan dijalankan terlebih dulu untuk mengetahui perkara ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×