berita

Poll : Apakah Genre Muzik Pilihan Anda?

November 12th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

4e6867e5-80a2-4122-ae9d-c261f3f34a37_zps22f3109e

Bercerita mengenai muzik, ianya memang sesuatu yang universal. Anda boleh meminati lagu Pop atau pun Jazz dan pada masa yang sama, anda juga mungkin seorang peminat muzik Rock.

Untuk muzik Rock pula, ada yang Pop Rock, Punk Rock, Indie Rock dan bermacam-macam lagi genre muzik di seluruh dunia. Namun ada juga genre muzik tradisional seperti lagu-lagu asli yang ada di pelbagai negara dan kami pasti anda mungkin salah seorang peminat muzik keroncong, kan?

Jika dulu, genre umum yang biasa dipertandingkan dalam mana-mana anugerah pastinya adalah dari genre Rock, Pop, Ballad dan RnB, namun sejak lebih 5 tahun lepas, genre baru iaitu muzik elektronik (EDM) telah mula dipertandingkan.

Ia sekaligus membuka pintu bagi ramai produser EDM dari seluruh dunia kepada dunia mainstream.

Yuna Zarai1

Yuna sinonim dengan muzik akustik

Lihat saja Shout Awards 2013 yang baru dilangsungkan beberapa hari lepas, hampir sepanjang anugerah berprestij itu dijalankan, muzik EDM digunakan sebagai tema untuk memeriahkan lagi suasana.

Namun, sebagai pembaca OHBULAN!, kami tertanya-tanya, genre muzik apakah yang anda minati? Adakah cuma sejenis muzik saja atau lebih dari 2 jenis? Atau mungkin anda seorang yang universal dan mendengar muzik mengikut mood anda?

radhi-oag-2

Radhi OAG popular dengan muzik alternatif rock

Tidak perlu bicara, apa kata kita jalankan undian dan lihat genre muzik apakah yang menjadi kegemaran ramai.

Dibawah adalah antara genre muzik umum yang popular.

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world’s leading questionnaire tool.

SKIP THIS AD ×