Selena Marie Gomez ,Vanessa Anne Hudgens kedua-duanya merupakan aktres hebat dari segi bakat lakonan mahupun nyanyian. Baru-baru ini, mereka telah mencetuskan fenomena dari segi cara pemakaian apabila Selena Gomez dan Vanessa Hudgens dilihat mempamerkan sisi keliarannya dalam filem Spring Breakers.
Rambut panjang mengurai menutupi tubuh badan dengan pemakaian bikini seksi menyerlahkan penampilan seksi mereka.
Tetapi pada saat ini, Selena Gomez dan Vanessa Hudgens berjaya mengubah personaliti seksi kepada glamor apabila mereka berketerampilan dengan pakaian eksklusif di kawasan laluan permaidani merah untuk filem tayangan perdana di Venice Film Festival.
Walaupun menonjolkan personaliti glamor, mereka turut menyelitkan imej seksi dalam mengubah diri mereka ke lambang kecanggihan.
Jika dahulu, pasti mereka beketerampilan sopan dan anggun, kini mereka membuat pembaharuan baru. Selena tampil dengan gaun berwarna merah jambu bercorak menarik tanpa tali dan mendedahkan bahagian dada .
Selena yang kelihatan menawan mengabungkan fesyennya dengan glittery clutch bag dan merapikan rambutnya untuk tampil manis dan menarik.
Manakala, Vanessa Hudgens pula mempamerkan susuk tubuhnya yang seksi dengan berpakaian gaun panjang dengan mendedahkan bahagian dada berbentuk ‘V’. Bintang High School Musical ini menonjol dengan perincian labuci dan rambut sanggulnya.
[poll id=”57″]