berita

Positif Dadah, ADUN Dengkil, Adhif Syam Nafi Ditahan Pihak Polis Dalam Serbuan ‘Private Party’?

January 13th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai penangkapan seorang ahli politik yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah telah ditahan pihak polis selepas didapati positif dadah.

Parti persendirian di kondominium

Berita penangkapan ADUN Selangor bersama empat orang ahli politik yang lain telah ditahan pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam satu parti persendirian di salah sebuah kondominium di Puchong. Kejadian itu disedari selepas kedengaran satu bunyi bising yang datangnya dari kondominium tersebut.

Susulan itu, Berita Harian turut melaporkan kesemua 17 individu yang berumur antara 26 hingga 53 tahun termasuk enam wanita telah ditahan oleh polis dalam operasi berkenaan.

Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif.

Adhif Syan menafikan

Menerusi laporan Sinar Harian, Adhif Syan yang juga merupakan ketua Armada berkata penuduhan itu merupakan satu fitnah ke atas dirinya dan dia walau bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia ditahan oleh pihak polis.

Insya-ALLAH saya akan maklum kenyataan rasmi.

Sementara itu, Adhif Syan turut memberitahu Harian Metro bahawa ketika kejadian dia berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong. Tambahnya lagi, dia juga akan melakukan satu laporan polis berhubung dengan tuduhan palsu yang viral melibatkan dirinya itu.

Kalau page yang viral itu memang palsu la. Saya akan berjumpa dengan Tan Sri untuk dapatkan pandangan.

Gantung tugas pegawai terlibat

Susulan daripada kejadian itu Free Malaysia Today melaporkan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu dia menyerahkan sepenuhnya mengenai isu ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Tambahnya lagi, dia akan bertindak untuk menggantungkan tugas pegawai yang terlibat sementara menanti keputusan muktamad daripada pihak berkuasa.

Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkusa untuk bertindak mengikut prinsip ‘Kedaulatan Undang-Undang’.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian, Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×