berita

Posmen Lastik Anjing Digantung Tugas

February 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral sebuah video yang dikongsikan menerusi laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue yang memperlihatkan adegan seorang posmen melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di hadapan sebuah rumah. Difahamkan, anjing tersebut mengalami kecederaan pada mata sebelah kiri akibat perbuatan itu.

Terbaru, menerusi laporan Sinar Harian, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah menggantung tugas kakitangannya yang bertindak melastik sehingga haiwan tersebut cedera.

Digantungkan tugas

Video rakaman CCTV yang berdurasi 21 saat itu memaparkan tindakan seorang posmen melastik getah ke arah haiwan berkenaan. Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah rumah di Kluang, Johor.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pos Malaysia, pihaknya meluahkan rasa kesal dengan perbuatan tersebut dan menggantung tugasnya sementara siasatan dalaman dilakukan. Namun bagaimanapun, Pos Malaysia tidak teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan posmen berkenaan sekiranya didapati bersalah.

Kenyataan Pos Malaysia

Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan. Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×