Seorang posmen dilaporkan meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Radzi yang berkhidmat di Pos Laju Baru Bangi itu terbabit dengan kemalangan sewaktu menjalankan tugas mengambil dan menghantar barang kepada pelanggan.
Maut ketika bertugas
Berita sedih itu dikongsikan melalui laman Facebook ibangi.my: Bandar Baru Bangi Online Community mengenai seorang posmen terlibat dalam satu kemalangan di situ. Difahamkan mangsa menaiki motosikal untuk menghantar pesanan dan dapat disaksikan juga barangan tersebut bersepah di bahu jalan.
Isteri tunggu masa bersalin
Lebih menyedihkan lagi apabila dimaklumkan, isteri mangsa iaitu Nur Azura Abdullah hanya menunggu masa untuk melahirkan anak mereka yang sulung.
Semoga kuat demi anak
Menerusi perkongsian dari Norliza Mohtar, difahamkan isteri mangsa merupakan staf di tempat kerjanya dan sedang hamil anak pertama. Rata-rata netizen bersimpati dan mendoakan agar segala urusan isteri arwah terus kuat dan tabah hadapi ujian ini.
Sumber: ibangi.my