berita

Poster ‘Babi’ Didakwa Sentuh Sensitiviti Masyarakat, Pemuda PN Buat Laporan Polis

November 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pengarah filem iaitu Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee sekali lagi mengundang kontroversi ekoran daripada penerbitan filem bertajuk ‘Babi’. Filem tersebut bagaimanapun telah tercalon di empat festival filem antarabangsa dan filem ini tidak pernah ditayangkan di Malaysia.

Terbaru, Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan (PN) iaitu Mohammad Azwan Azmi membuat laporan polis terhadap Namewee berkenaan poster filem yang mendakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya.

Tercalon dalam 4 festival

Memetik laporan Malay Mail, filem ‘Babi’ itu tercalon di anugerah Toronton International Films Festival dan telah memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Selain itu, filem ini juga tercalon di Berlin International Films Festival, Bangkok International Films Festival dan Golden Horse Award. Secara keseluruhan, ‘Babi’ telah menjalani penggambaran di Malaysia dan proses skrip dibuat sejak 7 tahun lalu lagi. Khabarnya Taiwan akan menayangkan filem ini di negara mereka.

Sensitiviti pada poster filem

Sementara itu, menerusi laporan Malaysia Kini, Azwan Azmi bersama lapan wakil pemuda PN Wilayah Persekutuan telah membuat laporan polis berhubung poster filem ‘Babi’ yang dilihat sensitif. Poster tersebut didakwa mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’.

Ini adalah satu penghinaan yang sangat kurang ajar, berniat buruk untuk mencetuskan kemarahan kaum. Perkara ini tidak boleh dibiar tanpa sebarang tindakan pihak polis.

Sudah banyak kali dah dia buat hal. Kenapa perkataan Melayu letak di tengah-tengah poster dan bangsa lain di tepi-tepi saja? Adakah dia nak membuat provokasi terhadap orang Melayu?

Di dalam poster tersebut juga tertera ayat hinaan ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’ yang saya risau boleh menimbulkan ketegangan kaum dan bangsa di Malaysia.

Azwan Azmi menyifatkan perkataan yang melibatkan bangsa tidak sepatutnya di tulis di dalam poster dan meminta agar Namewee disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Malay Mail, Malaysia Kini, Facebook Namewee

SKIP THIS AD ×