berita

‘Postingan Cuma Buat Provokasi!’ – Atlet Silat Negara Tarik Diri, Rakyat Indonesia Serang Syed Saddiq

August 28th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sukan Asia 2018 menyaksikan Indonesia menjadi tuan rumah dan ramai atlet negara kita dihantar untuk bertanding meraih pingat di sana. Namun skuad silat kebangsaan (PESAKA) kecewa apabila berlaku unsur ketidakadilan juri pada perlawanan final antara Al-Jufferi Jemari bertemu Komang Harik Adi Putra (Indonesia), semalam.

Dek kerana tidak berpuas hati, pesilat harapan emas negara ini bertindak agresif melepaskan tumbukan marah pada dinding bilik persalinan. Lantas, ditenangkan jurulatih PESAKA dan YB Syed Saddiq yang turut turun padang bagi memberi sokongan kepada atlet negara.

Terbaru, sebuah video yang dimuatnaik Menteri Belia dan Sukan ini di media sosial telah mengundang kecaman dari rakyat Indonesia.

Dinding menjadi mangsa

Jangan sesekali minta maaf

https://www.instagram.com/p/Bm-dtgsBxb4/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=if4ree44hrmu

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata perlawanan final tersebut berbaki dua saat dan juri memberikan kemenangan 4-1 kepada peserta tuan rumah.

Apa yang saya risaukan akhirnya berlaku apabila terdapat ketidakadilan juri dari Korea Selatan dan Laos. Jadi saya meminta Jufferi meninggalkan gelanggang.

Atlet negara, Al-Jufferi Jemari kecewa dengan ketidakadilan yang berlaku ketika itu dan membuat keputusan untuk tarik diri.

Perlawanan tadi sememangnya tidak adil, dan sebagai Olahragawan Negara saya tidak boleh menerimanya dan tidak meneruskan perlawanan. Jika ini keadaannya, saya percaya empat tahun lagi di China, ia mungkin tidak akan dipertandingkan.

Ia adalah sifat amarah yang semua orang ada… saya tidak boleh terima kekalahan, namun saya salahkan juri yang tidak menjalankan tugas dengan adil.

Tolong terima kekalahan

Hal baik akan dibalas dengan baik

Kami hanya bibik aja

Sumber: Syed Saddiq, Puck Becker, Metro

SKIP THIS AD ×