Seorang lelaki menuntut ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM166,912.19) dari isterinya selepas kemaluannya cedera parah akibat dipotong wanita itu.
Artikel Berkaitan: Padah Buat Seks 24 Jam Tanpa Henti, Zakar Suami Terpaksa Dipotong
Nak buat rawatan
Memetik laporan Detik News, tujuan lelaki berkenaan menuntut ganti rugi adalah untuk melakukan rawatan terhadap zakarnya yang cedera.
Menurut peguam bela kepada mangsa, Aji Mastoto, wang tersebut akan digunakan anak guamnya yang perlu menjalani rawatan selama setahun bagi membetulkan semula zakar.
Tidak ada cara lain buat anak guam saya untuk sembuh melainkan dengan cara melakukan pembedahan transplans. Itu pun perlu dilakukan di Filipina.
Dan sekiranya hendak dilakukan, kami perlu menunggu ada pesakit transgender yang mahu menukar alat kelamin mereka lalu diberikan kepada si mangsa.
Dan pembedahan itu memerlukan kos yang sangat besar.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di daerah Surakarta, Indonesia itu dipercayai berpunca kerana si isteri tidak berpuas hati dengan suaminya itu.
Kini, si isteri sudah pun ditahan dan disyaki melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah pada mangsa.
Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.
Sumber: Detik News