Selepas dua minggu berturut-turut ‘idol’ berjaya mengalahkan kesemua ‘rookies’ di pentas Vokal Mania. Terbaru, dalam episod keempat semalam, penyanyi, Danial Chuer berjaya membuktikan bahawa ‘rookies’ masih mampu menang dan bersaing dengan ‘idol’ mereka.
Artikel berkaitan: Rookie Vokal Mania Minggu Ini ‘Bukan Kaleng-Kaleng’, Siap Ada Fatin Afeefa!
Dalam episod tersebut, Danial Chuer berjaya mencuri tumpuan netizen kerana mampu menyanyikan lagu ‘Ku Bersuara’ nyanyian Ernie Zakri dengan begitu baik sekali. Tahniah!
Vokal Mania minggu 4
Seolah menepati ramalan netizen, penyanyi dari Sabah itu berjaya mengalahkan idolnya iaitu Indah Ruhaila dalam pusingan duet. Danial dan Indah telah menyanyikan lagu ‘Shallow’ nyanyian Lady Gaga. Manakala, Indah menyanyikan lagu ‘Vroom Vroom’ nyanyian Nabila Razali ketika pusingan solo. Selain memenangi pertarungan tersebut, Danial juga dinobatkan sebagai Rookie Star Award pada minggu keempat. Danial juga merupakan ‘rookies’ yang mendapat undian paling tinggi secara keseluruhan bagi setiap minggu.
Selain Danial, tiga orang rookies lain yang turut berentap di minggu tersebut ialah Fatin Afeefa, Nisha Haquee dan Aedy Kama. Masing-masing menyanyikan lagu Aku Punya Hati, Seksis dan Nur Nilam Sari ketika pusingan solo. Di pusingan duet pula, Fatin Afeefa telah bergandingan bersama Tomok, Nisha Haquee bersama Aina Abdul dan Aedy Kama bersama Lan Solo. Ketiga-tiga mereka telah tewas di tangan ‘idol’ ketika pusingan tersebut.
Macam ni kalau nak jadi penyanyi
Kemenangan Danial Chuer dalam Vokal Mania episod keempat, ternyata mendapat persetujuan daripada netizen yang menyaksikan rancangan tersebut. Menurut netizen, kehebatan vokal dan nyanyian Danial sejak dari Idola Kecil memang tidak boleh dinafikan. Bahkan, dia perlu dijadikan contoh kepada ‘rookies-rookies’ yang hendak bertanding selepas ini.
Sumber: TV3