berita

Rookie Vokal Mania Minggu Ini ‘Bukan Kaleng-Kaleng’, Siap Ada Fatin Afeefa!

November 12th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sebut sahaja nama pelakon cantik ini, mesti ramai yang kenal. Dikenali sejak filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Walaupun sering terpalit dengan beberapa siri kontroversi membabitkan dirinya selepas berpisah dengan bekas suami, Fatin Afeefa kini dilihat semakin ‘laris’ dalam dunia hiburan.

Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai bakat dalam nyanyian dan mempunyai lagu sendiri! Terbaru, Fatin Afeefa juga bakal muncul dalam rancangan terbaru TV3 Vokal Mania!

Netizen puji nyanyian

 

View this post on Instagram

 

im losing my passion.. is it time to call it quits?

A post shared by A F E E F A ? (@fatinafeefa) on

Melalui laman Instagramnya, Fatin telah memuat naik video kompilasi nyanyiannya dengan pelbagai jenis lagu. Wah gigih nampaknya berlatih untuk bersaing dengan idol dalam Vokal Mania nanti. Menerima likes lebih 61k likes, rata-rata memuji suara Fatin.

Jika dilihat melalui klip-klip video tersebut, Fatin menyanyikan kembali lagu-lagu popular seperti I Surrender oleh Celine Deon, Hanya Rindu oleh Andmesh Kamaleng, Hurt Like Hell oleh Madison Beer, Seribu Kemanisan dan 7 Nasihat oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Menepi oleh Ngatmombilung.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta untuk Fatin membuat video nyanyian penuh lagu-lagu yang dinyanyinya itu. Bergelar penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman Xeno Music, dia juga sudah mempunyai single sendiri iaitu Tentang Bulan, Ke Pangkal Kasih dan Satu Jam Saja.

Dapat 1 million views

Fatin juga berjaya membuktikan yang sememangnya karier nyanyiannya mendapat tempat dihati peminat, ini apabila lagu Ha Tepuk nyanyian asal Meerfly dan Mimpi oleh K-Clique yang dinyanyinya kembali mendapat lebih 1 million views.

Sering memuat naik video nyanyian di laman Youtubenya, Fatin juga dilihat sering berduet bersama beberapa artis lain untuk membuat cover seperti Nazim Othman, Daniesh Suffian dan Fatin Afiqah.

Sertai program nyanyian

Dalam mengembangkan bakat nyanyian lagi, Fatin Afeefa mencabar dirinya untuk menyertai program terbaru yang dibawakan oleh TV3 iaitu Vokal Mania. Dia yang bakal tampil diminggu ke-4 Vokal Mania itu, bakal bersaing sebagai rookie bersama Daniel Chuer, Aedy Kama dan Nisha Haque.

Pasti ramai sudah tidak sabar ingin melihat bagaimana persembahan peserta Vokal mania pada minggu ini, jangan lupa saksikan Vokal Mania, setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3 dan gunakan #VokalMania di media sosial anda. Buat peminat Fatin Afeefa jangan lupa untuk mengundi dirinya bagi anugerah Rookie Star Award.

SKIP THIS AD ×