berita

‘Print’ Gambar Anak Pada Baju, Bapa Luah Rasa Sayu Anak Hilang Lebih 8 Bulan

December 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dilahir dan dijaga mereka sejak dari kecil hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. Sejak dari dahulu lagi, pelbagai berita kehilangan kanak-kanak dilaporkan media sehingga ada daripadanya masih belum berjaya dijejaki sehingga kini.

Seorang bapa ini berkongsikan coretan sayunya di laman Facebook apabila anak lelaki yang baru berusia 8 tahun sudah hilang hampir setahun dan gagal dikesan sehingga ke hari ini. Malah apa yang menyedihkan, dia sehingga kini telah melakukan pelbagai cara semata-mata untuk mencari anaknya termasuklah memakai baju yang dicetak gambar anaknya tersebut demi mencari semula insan kesayangannya itu.

Pelbagai fitnah turut dilemparkan

Hari ke- 245 besamaan 8 bulan 3 hari.

Assalamualaikum.wbt.

Kehilangan anak saya masih belum dijumpai hingga kini. Cubaan demi cubaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam fitnah dilontarkan. Kami redha ketentuan Ilahi.

Di dalam hati tidak pernah berputus-asa mencari Zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan-rakan berdoa bersama, supaya pencarian anak kami, Zahir, ditemui.

Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir. Ya Allah, Kaulah Maha Mengetahui segalanya, aku berserah kepadaMu Ya Allah. Temukanlah anakku, Zahir.

Netizen turut terasa

Luahan yang dibuat lelaki itu turut mengundang rasa sayu dalam kalangan pengikutnya. Ramai yang berharap agar kanak-kanak tersebut segera ditemui. Malah tidak kurang, mereka juga turut mendoakan agar keluarga tersebut diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian yang diberika Allah.

Sumber: Facebook Mohd Fauzi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×