Ketika ini, produk kecantikan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di pasaran tempatan. Akibat lambakan itu, para usahawan dilihat perlu menjadi lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka untuk bersaing dengan produk-produk lain. Namun, ada juga usahawan yang memilih jalan mudah untuk memasarkan produk mereka tanpa memikirkan kesan yang akan ditanggung oleh pengguna nanti.
Terbaru, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @FarrahZaqyah terkejut apabila mendapat kiriman Whatsapp daripada seorang usahawan yang ingin menggunakan khidmatnya untuk membuat testemoni palsu mengenai produknya. Farrah yang merupakan pereka grafik juga tidak menyangka perkara seperti itu boleh berlaku.
‘Templete’ testimoni palsu
Sebab tu aku tak percaya produk2 yang guna testimoni whatsapp ni. Ada ke nak bayar orang suruh buat fake testimoni? Tak kuasa iolls nak tolong!
Boleh ambil tindakan tak kalau macam ni?
Cc : @drwaque @affick_rahim pic.twitter.com/Mty9AxzUWS— FZ (@FarrahZaqyah) December 12, 2017
Menurut perbualan Whatsapp tersebut, usahawan itu meminta Farrah untuk mereka ‘templete’ testimoni palsu untuk produk barunya. Dia berbuat demikian kerana beranggapan dengan adanya testimoni palsu, baru pengguna akan percaya tentang keberkesanan produk barunya itu.
Lapor kepada KPDNKK
Tweet tersebut ternyata mendapat perhatian daripada ramai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan usahawan tersebut. Rata-rata menyuruh Farrah untuk melaporkan hal tersebut kepada KPDNKK untuk tindakan lebih lanjut.
Diharap dengan pendedahan ini, pengguna akan lebih bijak menilai sesuatu produk itu sebelum membelinya. Peniaga hanya memikirkan untung tetapi kesannya pengguna yang harus tanggung. Jadi, berhati-hatilah memilih produk kecantikan anda.
Sumber: FarrahZaqyah