berita

Produk Kecantikan Terbaru “Elianto”

August 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Elianto merupakan jenama produk kecantikan yang berasal dari bahasa Itali yang membawa maksud bunga matahari, dan ia diilhamkan menerusi kombinasi unik kecantikan yang ditonjolkan dan utiliti oleh lambang flora. Fokus utama produk Elianto adalah untuk melahirkan produk yang terbaik dan berkualiti untuk para pengguna setianya.

Elianto merupakan jenama yang telah lama menapak dalam dunia kecantikan iaitu sejak tahun 1990 lagi. Jenama ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia turut mendapat pasaran meluas di seluruh Asia seperti di Filipina, Singapura dan juga Kemboja.

Saban musim jenama Elianto akan memperkenalkan produk terbaru dari jenamanya dan berikut merupakan 4 produk terbaru yang ditampilkan oleh Elianto untuk musim kali ini :

Luminous Shadow

 

Pembayang mata “Luminous Shadow” ini mengandungi tekstur baldu fros yang kekal sempurna dan mampu membangkitkan aura elegan dan glamour si gadis sepanjang hari. Menampilkan tiga rona metalik yang cantik mampu menampilkan kejelitaan sebenar wanita Asia.

Ardour Shadow

Pembayang mata “Ardour Shadow” ini mengandungi tekstur licin dan lembuat. Tekstur terbaru ini mampu membangkitkan aura pesona dan jelita buat si gadis. Menampilkan tiga rona yang lembut, mampu memberikan kesegaran dan keceriaan dalam penampilan harian setiap penggunanya.

Sensation Fragrance

Wangian terbaru dari Elianto ini menampilkan haruman berupa bunga-bungaan yang penuh dengan kemanisan dan sifat feminin. Haruman ini mampu menonjolkan aura sensasi dan kelembutan buat si gadis. Bekasnya yang bermotifkan “diamond” memberikan element elegan serta mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Shine Up Lipstik

Gincu bibir yang didatangkan dengan tiga rona baru ini mampu memberikan solekan semulajadi buat si gadis. Gincu yang mengandungi formulasi SPF 15, anti-oksidan dan kolegan ini mampu memberikan kemasan yang lembut, berkilat dan kelembapan bibir yang berpanjangan. Oleh itu, tiada lagi kegusaran masalah bibir kering.

SKIP THIS AD ×