berita

‘Produk Perubatan Berasaskan Ganja Perlu Diberi Peluang’ – Datuk Nadzim Johan

February 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Menurut Sinar Harian, ketua aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata penggunaan produk perubatan berasaskan ganja boleh diberi peluang untuk diterima secara terbuka.

Tambahnya pula kerajaan perlu melihat dari sudut berlainan bagi membolehkan ganja sebagai satu alternatif perubatan.

Ganja sebagai perubatan alternatif

Kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi membuktikan ia mampu menjadi perubatan alternatif yang terkawal.

Cuma, kita perlu lebih meneliti sejauh mana penggunaan itu dikawal dan mempelbagaikan lagi kajian klinikal atau penyelidikan berkaitan tumbuhan tersebut untuk digunakan sebagai kaedah perubatan alternatif.

Menjadi satu kerugian jika ada kaedah alternatif termasuk tumbuhan itu (tetapi) tidak dimanfaatkan sebaiknya sekiranya ia terbukti mampu merawat pelbagai penyakit termasuk kanser dan penyakit saraf.

Selain itu, penyakit kronik seperti kanser dan penyakit saraf mampu dirawat dengan kaedah ini. Sehubungan dengan itu, jika kaedah ini tidak boleh digunakan ianya amat merugikan.

Ganja menjimatkan kos perubatan

Menurutnya lagi, kos rawatan dapat dikurangkan kerana ganja mudah ditanam secara komersial dengan syarat mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan tanaman terkawal yang sedia ada.

Kita sedia maklum kos perubatan terutama kanser sangat tinggi dan membebankan pesakit. Jadi, jika wujud alternatif lain, mungkin ia dapat membantu mereka ini dan sekarang paling diterima pakai adalah produk berasaskan ganja seperti mana yang dilakukan di negara luar termasuk Amerika Syarikat, Thailand dan Mexico, katanya.

3 Syarat ganja boleh diluluskan

Sebelum ini, satu portal tempatan melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata produk perubatan berasaskan ganja boleh dibawa masuk ke Malaysia tetapi perlu mematuhi tiga syarat kerajaan iaitu selamat digunakan terbukti berkesan dan maklumat kegunaan yang jelas.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×