Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming tampil memberitahu kepada umum bahawa produk sambal keluarannya telah diciplak dan dijual oleh individu yang tidak beretika dan berhemah.
Artikel Berkaitan: Banjir Kelantan: Khairul Aming & Team Turun Padang Hantar Bantuan Barang Keperluan Kepada Mangsa
Artikel Berkaitan: Pengguna Terjejas Selepas Instagram Alami ‘Error’, Khairul Aming Hilang 20K ‘Followers’
Artikel Berkaitan: Guna Bahasa Melayu Sepenuhnya Semasa Acara TikTok Di Indonesia, Khairul Aming Raih Pujian Netizen
Lapan tuntutan telah disenaraikan
Menurut Khairul Aming, pihaknya sudah mengenal pasti penjual tersebut dan pihak peguam juga telah memainkan peranan.
Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.
Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021.
Tambah Khairul Aming, dia sentiasa memberi sokongan kepada peniaga kecil. Cuma dia berharap mereka akan lebih beretika dan berhemah selepas ini.
Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Khairul Aming