Umum sedia maklum, penduduk di tanah Sulawesi, Indonesia kini sedang berdepan dengan bencana alam gempa bumi bermagnitud 7.5 skala Richter, sekali gus mencetuskan gelombang tsunami. Banyak kediaman musnah dan lebih 1,000 mangsa terkorban dalam kejadian ini.
Artikel berkaitan: ‘Kami Hanya Mampu Berdoa Kepada Allah’
Jumlah korban terus meningkat sejak bencana alam itu melanda Sulawesi dan Palu. Usaha mencari dan menyelamat mangsa telah mengalami pelbagai kesukaran akibat bekalan elektrik terputus dan jalan raya musnah.
Bergegar semalam
Menurut laporan Sinar Online, bumi Sulawesi itu sekali lagi digegarkan dengan magnitud sederhana 5.2 skala Richter tetapi tiada gelombang tsunami berlaku.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata jumlah korban semakin meningkat dan terdapat beberapa faktor yang menyukarkan proses mencari dan menyelamat mangsa.
Pasukan mencari dan menyelamat mengalami pelbagai kesukaran berikutan kekangan akses komunikasi, bekalan elektrik dan akses jalan raya rosak teruk.
Ramai penduduk berada di kawasan bukit berikutan trauma dengan gempa dan tsunami. Mereka tidur di jalan raya. Mereka amat memerlukan bantuan bekalan air bersih, makanan, selimut dan ubat-ubatan.
Gegar lagi pagi ini
Terbaru, Sulawesi Tengah itu sekali lagi terima gegaran bermagnitud 5.3 skala Richter pada jam 2 pagi tadi. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata gegaran gempa bumi itu berlaku di 16Km arah tenggara daerah Donggala, Sulawesi Tengah dengan kedalaman 10Km.
Menurut laporan CNN Indonesia, penduduk kembali panik apabila terdengar bunyi serpihan kaca di setiap tingkap bangunan.
Bimbang memberi kesan di Jepun
Sementara itu, menerusi portal Tribunnews.com, seorang profesor pakar gempa bumi juga khuatir sekiranya gegaran di Indonesia itu memberi kesan dan melanda negara Jepun ekoran kekuatan bermagnitud 7.7 skala Richer yang kuat telah berlaku Jumaat lepas.
Kegiatan seismik dan tsunami di Sulawesi tampaknya juga terpicu dan memiliki kaitan dengan gempa bumi besar yang terjadi sebelumnya di Aceh tahun 2004. Selain itu gempa yang terjadi dengan magnitudo 7,9 di Irian Jaya tahun 1996 juga ikut berpengaruh.
Oleh karena itu kita perlu memperhatikan seksama semua kegiatan gempa di sana serta segera mengantisipasi segala kemungkinan yang akan terjadi.
Profesor Kenji juga mengingatkan kepada semua agar berhati-hati dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Tanah menjadi cecair
Menurut BH Online, lapisan tanah di Sulawesi menjadi cecair akibat kemusnahan teruk melanda daerah itu. Lapisan tanah mengalir seperti cecair dan bertukar menjadi banjir lumpur maka, tanah menjadi merosot dan mendap.
Gegaran itu telah menyebabkan peningkatan tekanan air dan tanah menjadi tidak stabil hingga tanah boleh boleh tenggelam secara tidak sekata. Permukaan tanah cerun juga boleh mengakibatkan tanah runtuh dan menggelongsor ke bawah sehingga memusnahkan kawasan perumahan dan sebagainya.