Setiap wanita di dunia ini pasti ingin memiliki beg tangan berjenama mewah untuk dijadikan pelengkap gaya ataupun sekadar memenuhi koleksi peribadi.
Namun ramai yang mengeluh apabila melihat harganya yang begitu mahal dan adakalanya tidak masuk akal.
Maka seiring dengan Hari Malaysia yang bakal menjelma, Reebonz Malaysia mengadakan jualan murah dipanggil One-Priced Wonder Sale khas untuk mereka yang telah mendaftar sebagai ahli.
One-Priced Wonder Sale bermula dari 13-17 September 2013 di butik online Reebonz.com.my. Menariknya tentang promosi ini, semua beg tangan dan barangan kulit yang terpilih boleh didapati dengan harga RM916 sahaja.
Reebonz menawarkan pelbagai warna dan rekaan yang menarik dari jenama-jenama terkenal seperti Prada, Coach, Kate Spade, Marc by Marc Jacobs dan Burberry .
Tambah istimewa lagi, setiap barangan akan dibalut kemas dengan pembungkus eksklusif Reebonz berwarna hitam dan keemasan sebelum dikirimkan kepada pembeli.
Tidak ketinggalan, anda juga berpeluang untuk menikmati kos penghantaran percuma dan kosong peratus untuk pelan pembayaran sehingga 24 bulan melalui lapan bank terpilih iaitu Alliance, Ambank, Citibank, HSBC, RHB, OCBC, Public Bank dan MBF.
Menarik, kan? Jadi, cepat daftarkan diri anda sebagai ahli di laman web rasmi Reebonz sebelum tawaran tamat.
Bagi yang tidak tahu, anda juga kini boleh membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana jua sebaik sahaja memuat turun aplikasi Reebonz ke telefon pintar Android dan Apple anda.
Untuk makluman, Reebonz Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura merupakan portal beli-belah utama untuk penggemar fesyen membeli dan menjual barangan berjenama di dalam satu talian.
Sejak dilancarkan pada tahun 2009 hingga kini, Reebonz telah membuka beberapa cawangan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Australia dan Korea.