berita

Promosi ‘Zero Down Payment’ Salah Di Sisi Undang-Undang Negara

March 6th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Istilah ‘full loan‘ atau ‘zero down payment‘ sering kali kita dengar dalam setiap urusan pinjaman kenderaan. Jika anda terjebak dengan kaedah pinjaman zero down payment ini, maka anda juga akan didedahkan dengan kadar bunga yang tinggi.

Sebenarnya, penawaran penjualan tanpa deposit kepada pelanggan adalah salah di sisi undang-undang negara kita. Menerusi laporan Metro, sekiranya mana-mana syarikat jualan kenderaan didapati tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan.

Mampu kurangkan komitmen bulanan pembeli

Bermacam taktik yang digunakan syarikat jualan kenderaan demi memperolehi keuntungan yang tinggi sehinggakan mereka sanggup memanipulasi dan memperdaya pelanggan untuk membuat pinjaman penuh. Bagaimanapun, tindakan sedemikian dengan menawarkan penjualan tanpa deposit itu adalah menyalahi undang-undang di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam bertegas kaedah promosi dengan menggunakan ‘zero down payment’ itu akan menarik lebih ramai pembeli kerana tidak perlu deposit 10% daripada harga kenderaan.

Ada antara penjual kereta dikesan memanipulasi harga menerusi ciri dan reka bentuk kereta sebelum menawarkan kaedah pembelian tanpa deposit kepada pelanggan.

Jika pembeli ditetapkan membayar 10 peratus wang pendahuluan daripada harga kenderaan, ia menunjukkan keupayaan pembeli untuk membayar harga bulanan dan juga mampu mengurangkan komitmen bulanan pembeli.

Selain itu, ia dapat mengelak pembeli disenarai hitam atau diisytihar bankrap sekiranya bayaran bulanan tinggi.

Demi meraih keuntungan

Tambahnya lagi, syarikat jualan kenderaan perlu menghentikan promosi ‘zero down payment’ dan mengikut undang-undang dengan mengenakan 10% bayaran deposit dari harga kenderaan yang dimahukan pelanggan.

Operasi itu dilakukan selepas mendapati tawaran pembelian tanpa deposit semakin berleluasa demi menarik keuntungan lumayan. Hasil operasi itu, kita mendapati 11 syarikat melanggar peraturan kerana tidak mengambil deposit kurang 10 peratus.

Semua syarikat yang melanggar peraturan itu diarah berhenti mempromosikan iklan ‘zero downpayment’ itu dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan.

Syarikat yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×