Istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-59 yang berlangsung pagi semalam bertukar sedikit kecoh dengan tindakan seorang graduan. Graduan dikenali sebagai Wong Yan Ke dilihat mengeluarkan ‘placard’ bertulisan ‘Undur VC’ dan ‘Tolak Rasis’ sambil menjerit ‘Ini Tanah Malaysia’ mengundang kecaman netizen.
Universiti Malaya menerusi laman sosialnya memaklumkan tindakan susulan insiden semalam itu.
Kecam tindakan berkenaan
UM menerusi siaran akhbarnya memaklumkan pihak mereka telah menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
UM telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut hari ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat serta tindakan lanjut yang sewajarnya diambil.
Kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol serta kelancarannya. Ia juga mencemarkan nama baik Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, para graduan dan seluruh warga UM.
Sokong kebebasan bersuara
Pun begitu, UM masih berpegang pada prinsip kebebasan bersuara namun menekankan hak itu perlu digunakan dengan betul.
Bagaimanapun, sebagai institusi pengajian tinggi yang menggalas amanah untuk mendidik generasi masa depan, kami juga percaya bahawa apa jua tindakan berlandaskan prinsip tersebut perlu dilakukan pada tempat dan dengan cara yang betul.
Menjadi tanggungjawab universiti juga bagi memastikan para mahasiswa yang kami asuh dan didik bukan sahaja akan menjadi individu yang berpengetahuan.
Sumber: Universiti Malaya