berita

PRU15: Dapatkan Berita Penting & Terkini Tentang Pilihan Raya Menerusi LUMI News Malaysia

October 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal berlangsung pada November ini, Lumi News satu-satunya aplikasi yang korang perlukan bagi mengetahui perkembangan terkini sepanjang kempen pilihan raya dan semasa pengundian berlangsung nanti.

Artikel berkaitan: Lumi News Malaysia Kumpul Lebih 30 Penerbit Berita Dalam Satu Aplikasi

Lumi News Malaysia merupakan satu aplikasi berita yang memaparkan berita terkini dan sensasi buat para pembaca. Bukan itu sahaja, Lumi News turut berkongsi berita yang dilaporkan oleh lebih 30 penerbit berita berkualiti seperti OhBulan, Sirap Limau, News Straits Times, Free Malaysia Today, The Vocket, Berita Harian, Harian Metro, SAYS dan banyak lagi!

Dapatkan berita PRU-15

Dengan aplikasi ini, pengguna Lumi News boleh melayari artikel dan video daripada lebih 50 media dengan mudah dan percuma lalu berkongsi dengan pantas kepada kawan serta keluarga. Para pengguna juga boleh mendapatkan notifikasi untuk mendapatkan berita yang trending dan tergempar apabila mereka ‘follow’ media berkenaan dalam aplikasi Lumi News. Pengguna juga boleh membaca artikel mengikut topik yang diingini sahaja dan banyak lagi ciri ditawarkan aplikasi Lumi News.

Di samping itu, pengguna Lumi News boleh mendapatkan sebarang maklumat dan berita terkini dengan bahasa pilihan mereka iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Tidak ketinggalan, pengguna boleh melayari suapan berita atau mengikuti penerbit-penerbit berita, memilih topik yang diminati, dan menerima notifikasi setiap kali sesuatu topik menjadi carian popular.

Selain mendapatkan berita di saluran media sosial atau hanya bergantung kepada berita yang disampaikan rakan-rakan, aplikasi berita Lumi ini juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka. Korang boleh memeriksa berita yang dilaporkan oleh pelbagai laman berita, dan mengesahkan berita viral yang diperoleh terbabit sahih atau tidak. Oleh itu,  Aplikasi Lumi News memberi jaminan kepada pengguna bahawa mereka akan menerima berita terkini secara pantas daripada media-media terbesar di Malaysia.

Jadi, korang tunggu apa lagi! Muat turun sekarang aplikasi Lumi News di Google Play, Apple App Store dan HuaWei AppGallery.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×