Pelakon, Lando Zawawi atau nama sebenar, Azlan Sani Zawawi mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon GTA dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Tanjong Karang.
Artikel Berkaitan: PRU15: Netizen Sokong Tarik Diri Bertanding Di Larut, Ustaz Kazim Tinggal Pesanan Deep Semoga Kutukan Bertukar Menjadi Pahala
Artikel Berkaitan: PRU15: KTM Tambah Tren Khas & ETS Sempena PRU
Bertanding kerusi ‘panas’
Menurut laporan Kosmo, pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) ini berkata dia akan bertanding di kerusi yang agak ‘panas’ iaitu di Tanjong Karang, Selangor mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA).
Tambah Lando lagi, watikah pelantikan sebagai calon GTA akan diberikan dalam satu majlis yang berlangsung di Bangi Convention Centre bersama Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad, petang ini.
Ya betul, saya akan bertanding pada PRU15 dan kawasan saya agak ‘panas’ iaitu di Tanjong Karang
Dalam pada itu, Lando turut memaklumkan tujuan utama dia memasuki arena politik ini adalah untuk ‘membetulkan’ sistem yang ada ketika ini yang didakwa lambat bertindak, contohnya seperti aduan jalan raya. Malah, keberadaannya dalam sistem kerajaan, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan isu birokrasi yang wujud dalam sistem pentadbiran ketika ini.
Sebab itu saya sebagai mewakili Brotherhood mahu sistem ini ‘dikembalikan’ semula supaya setiap masalah atau aduan dapat disegerakan. Bukan sahaja berkaitan jalan raya tetapi melibatkan semua aduan supaya ia dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselesaan rakyat.
Untuk rekod, dalam PRU14 lalu, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dengan majoriti 1,970.
Sumber: Kosmo