Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal berlangsung pada mingggu hadapan (Sabtu), pelbagai pendapat dan harapan anak seni untuk bakal pemerintah yang dipilih menerajui negara kelak.
19 November ini merupakan pengalaman pertama buat pelakon dan penyanyi, Naim Daniel dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia yang bakal mengundi untuk kerajaan baharu.
Artikel Berkaitan: Ibu & Kakak Naim Daniel Positif Covid-19 – ‘Naim Tetap Akan Cari Kalian Dalam Ribuan Orang Yang Menyaksikan AJL36’
Artikel Berkaitan: Dituduh Sertai Golongan Iluminati Sebab Mata Lebam, Naim Daniel Jadi Mangsa Geng Konspirasi
Sebar kesedaran untuk mengundi
Ketika ditemui Ohbulan!, Naim berpendapat anak seni seharusnya menggunakan suara atau pengaruh mereka dengan baik kerana apa yang dilakukan mereka menjadi perhatian ramai. Tambahnya, seseorang itu tidak mempunyai hak untuk memberi maklum balas atas apa yang terjadi kepada negara jika tidak keluar mengundi.
Naim juga berkongsi bahawa dia akan lebih kepada menyebarkan kesedaran kepada rakyat malaysia untuk menjalankan tanggungjawab dalam memilih pemerintah baharu untuk negara.
Saya rasa mereka (anak seni) yang betul-betul gunakan suara ke arah yang betul adalah amat penting. Perkara ini menjadi satu platform dan sebabkan orang sekarang guna media sosial dengan cara mereka sendiri.
Bagi Naim, untuk artis yang melibatkan diri dalam politik untuk menyebarkan kesedaran dalam mengundi, itu adalah sesuatu yang baik.
Naim berkata demikian pada sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Nero Event Space, PJPAC, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pertama kali dapat kelayakan mengundi
Sementara itu, ini merupakan tahun pertama buat pemilik lagu ‘Sumpah’ itu mendapat kelayakan untuk keluar mengundi.
Ini adalah tahun pertama saya mengundi, saya sangat teruja dan saya harap ramai lagi anak muda dekat luar sana yang sama umur dengan Naim untuk pergi keluar mengundi.
Kita tunjuk yang kita kisah tentang masa depan negara kita.
Jelas Naim, pemerintah baharu yang bakal dipilih nanti diharap dapat mendengar suara-suara rakyat kerana rakyat yang membuat pilihan dalam menentukan siapa pemerintah yang akan memerintah negara. Selain itu, Naim bersetuju kuasa sebenar di tangan rakyat.
Walau apapun yang dipertanggungjawabkan pada mereka (pemerintah) sebagai wakil rakyat, itu semua amanah. Perkara ini akan sentiasa jadi persoalan, ke mana, apa yang dilakukan.
Bukan itu sahaja, nanti dekat akhirat pun akan ditanya. Jadinya, kena berhati-hati dengan amanah yang telah diberikan. Jangan pernah khianati apa yang rakyat telah berikan.
Sekadar info, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini (Sabtu) sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).