Kerap turun padang mendengar permasalahan dan membantu rakyat, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sangat disenangi penduduk di Titiwangsa.
Artikel Berkaitan: PRU15: Saya Akan Undi Calon Yang Boleh Selesaikan Masalah Banjir Selangor – Sharifah Rose
Artikel Berkaitan: PRU15: Pernah Tinggal Dalam Rumah Serba Kekurangan, Eizlan Yusof Faham Kesusahan Rakyat
Tak lupakan penduduk
Meskipun tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, bekas Menteri Kewangan II itu tidak pernah melupakan komuniti di kawasan itu dan masih kerap turun ke lapangan bagi membantu serta mengambil tahu permasalahan penduduk.
Seorang penduduk di Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampung Padang, Azlita Ali, 44, berterima kasih kepada mantan Ahli Parlimen Titiwangsa ini kerana telah banyak menyalurkan bantuan kewangan kepada keluarganya.
Baru-baru ini, saya menjalani pembedahan kanser payudara, beliau juga yang bantu dari segi kewangan.
Bukan itu saja, keperluan barangan dapur dan persekolahan juga. Walaupun beliau bukan Ahli Parlimen di sini, tapi dia selalu turun padang membantu. Orang di sini memang tahu jasa beliau. Beliau memang tidak pernah melupakan kami di sini. Harap kali ini dia dapat memimpin kembali kawasan ini.
Selalu ada bersama
Ujar seorang lagi penduduk, Sulaiman Sanusi, 72, Johari yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sangat prihatin terhadap penduduk, malah sering beberapa kali menghulurkan bantuan.
Beliau memang selalu bantu orang di sini. Tidak kira masa termasuk Hari Raya. Malah beliau juga kerap menghulurkan bantuan walaupun bukan Ahli Parlimen. Macam hari ini, dia datang ke rumah dan bertanya mengenai keadaan kesihatan saya.
Bukan itu sahaja, penduduk warga emas, Munah Man, 72, juga memberitahu kehadiran Johari sentiasa dinanti-nanti oleh penduduk di kawasannya.
Beliau memang baik, selalu tolong orang, tak kira masa dan keadaan. Bukan saja datang melawat, tapi lebih daripada itu beliau buat. Sewaktu tidak menjadi wakil rakyat pun, dia memang tolong. Sewaktu banjir, rumah terbakar atau orang meninggal dunia, beliau datang juga melawat kalau ada orang beritahu. Setiap kali sambutan Aidilfitri pun saya dapat bantuan. Pendek kata beliau selalu ada dengan kami.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari berdepan saingan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad, calon PEJUANG, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta calon PN, Dr Rosni Adam. Bagaimanapun, dengan penerimaan baik penduduk setempat terhadapnya, beliau akan terus menggandakan usaha dalam tempoh yang berbaki sebelum menjelangnya hari pengundian pada 19 November ini.
Sumber: Berita Harian