berita

PRU15: Teruja Mengundi Buat Pertama Kali, Netizen Tegur Leona Tayang Kertas Undi

November 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Seperti yang diketahui ramai, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sedang menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) sejak September lalu.

Artikel Berkaitan: Pakai Dress Pendek Di London, Netizen Tanya Leona Tak Sejuk Ke?

Artikel Berkaitan: Anak Kembar Sambung Belajar Di UK, Azhar Sulaiman Sempat Mengusik Leona – ‘Tiga Tahun Cukup Untuk Balik Dengan Imej Baru’

Artikel Berkaitan: Leona Sambut Halloween Siap Ada Tiga ‘Outfits’, Netizen ‘Petik’ Nama Azhar Sulaiman

Pertama kali mengundi

Biarpun sedang berada di perantauan, Leona tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.

Menerusi hantaran di Twitter, personaliti media sosial berumur 20 tahun ini memuat naik foto memegang kertas undi pos yang disediakan untuk pengundi luar negara dengan wajah teruja.

Dalam hantaran tersebut, rata-rata memuji dengan sikap bertanggungjawab Leona di samping cuba meneka parti yang menjadi pilihan.

Tak boleh ditayang

Sebelum itu, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini dikecam gara-gara menunjukkan kertas undi kepada umum.

Rata-rata netizen mendakwa tindakan itu boleh menyebabkan undinya rosak kerana nombor siri dan maklumat pengundi sudah terdedah.

Bagaimanapun, selang beberapa minit video tersebut telah dipadam dari akaun TikTok miliknya.

Sumber: Twitter @@kasihirisleona

SKIP THIS AD ×