berita

Psy – “Gangnam Style” Mendominasi Carta K-Pop M YouTube 2012

December 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Baru-baru ini laman sesawang YouTube telah mengeluarkan senarai carta K-Pop M Top 10 mereka dan YG Entertainment telah mendominasi hampir kesemua carta di kala tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya.

Menerusi carta K-Pop M Top 10 2012 yang dikeluarkan YouTube, tujuh daripada muzik video yang menduduki senarai merupakan bintang keluaran agensi tersebut.

Mengikut carta tersebut, Psy menduduki tempat pertama dan kedua dengan lagu “Gangnam Style” dan “Oppa Is My Style” hasil kolaborasi dengan penyanyi rap wanita 4minute, HyunA.

Sementara itu, kumpulan Big Bang mendominasi tempat ketiga, keenam, kelapan dan kesembilan dengan video muzik mereka, “Fantastic Baby”, “Blue”, “Bad Boy” dan “Monster”.

manakala kumpulan 2NE1 dari YG Entertainment,sekali lagi tersenarai dalam carta dan berada di tempat kesepuluh dengan single, “I Love You”.

Selain itu, artis YG Entertainment, SM Entertainment juga berjaya memuatkan dua muzik video kumpulan mereka ke dalam senarai, dengan sub-unit Girls’ Generation, TaeTiSeo di tempat kelima melalui muzik video “Twinkle” manakala  f(x) berada satu tangga di teratas dengan lagu “Electric Shock”.

Bintang rap HyunA sahaja wakil Cube Entertainment yang berjaya memasuki carta tersebut melalui muzik video “Oppa Is My Style” (tempat kedua) kolaborasinya bersama Psy dan “Ice Cream” (tempat ketujuh).

Berikut adalah senarai penuh Carta Top 10 K-Pop M YouTube:

  1. Psy – “Gangnam Style”
  2. Psy & Hyuna – “Oppa Is My Style”
  3. Big Bang – “Fantastic Baby”
  4. F (x) – “Electric Shock”
  5. TaeTiSeo – “Twinkle”
  6. Big Bang – “Blue”
  7.  HyunA – “Ice Cream”
  8.  Big Bang – “Bad Boy”
  9.  Big Bang – “Monster”
  10.  2NE1 – “I Love You”

SKIP THIS AD ×