Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan kembali mencuri perhatian selepas seakan memberi bayangan perkahwinan dengan kedua-dua isteri, Ain ‘Afini dan Hana Azraa sudah berakhir.
Artikel Berkaitan: Hana Azraa Dakwa PU Abu ‘Gila Talak’, Tidak Teragak Nak ‘Spill The Tea’ Pasal Dua Ahli Syurga – ‘Tadi Dia Ada Bawah Hotel Saya’
Artikel Berkaitan: PU Abu Kunci Mulut Isu ‘Rindu Sangat’ Dengan Hana Azraa – ‘Dalam Hal Ini Ain Afini Langsung Tak Terlibat’
Kami bertiga bawa haluan sendiri
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG), Abu berkata mereka sudah berbincang untuk membawa haluan masing-masing selepas enam tahun bergelut dengan kemelut rumah tangga.
Kata Abu, keputusan ini telah dipersetujui antara dirinya, Ain ‘Afini dan Hana Azraa demi kebaikan bersama.
Setelah berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.
Insya-Allah semuanya akan melalui proses yang betul. Doakan yang baik-baik buat kami.
Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama enam tahun.
Mengaku salah sendiri
Tambah Abu, dia mengakui gagal menjadi ketua keluarga yang boleh membawa kebahagiaan dan keharmoniaan dalam keluarga.
Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara? Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing.
Jangan risau, ini adalah keputusan bersama. Anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak-anak tetap anak-anak.
Dalam pada itu, Abu turut memohon agar orang ramai mendoakan agar Ain ‘Afini dan Hana Azraa dipertemukan dengan jodoh yang setia, sentiasa ada di sisi dan mencintai sepenuh hati.
Bukan soal sering ditinggalkan atau jarang ditinggalkan sahaja tetapi banyak hal yang tak boleh diceritakan. Seperti yang saya sebut sebelum ini banyak tindakan saya yang disalah erti oleh sebahagian pihak sedangkan saya tidak ada apa-apa kepentingan pun.
Doakan jodoh yang terbaik buat mereka, yang setia, yang boleh di samping 24 jam dan paling penting yang mereka cintai setulus hati. Doakan juga yang terbaik buat saya.
Terdahulu, Abu bernikah dengan Ain ‘Afini pada tahun 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.
Kemudian, Abu dan Hana pula berkahwin pada 2019. Abu dan Hana Azraa dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.
Sebelum itu Hana Azraa yang merupakan ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan iaitu Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertamanya.
Sumber: Instagram