Alhamdulillah, hari ini sudah pun masuk Ramadan yang ke-10 dan pastinya ramai yang sudah mula memikirkan warna tema yang akan dipakai ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Antara warna yang dikatakan bakal menjadi pilihan ramai orang sebagai warna tema bagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini adalah ‘brick orange’.
Namun begitu, timbul pula satu dakwaan yang mengatakan haram hukumnya bagi lelaki Muslim mengenakan warna terang seperti ‘brick orange.’ Alamak, betul ke?
Artikel Berkaitan: Boleh Ke Anak Tolong Bayar Zakat Fitrah Ibu & Ayah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Penjelasan PU Amin
Terbaharu, pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin tampil menjawab persoalan tersebut ketika dihubungi stesen radio Era FM.
Jelas PU Amin, memang benar terdapat dalil yang mengatakan haram hukumnya bagi lelaki Muslim mengenakan baju berwarna jingga.
Ini kerana, warna tersebut dahulunya sinonim sebagai barang perhiasan wanita.
Walau bagaimanapun, hukum memakai baju terang telah pun menjadi harus kerana warna itu tidak lagi dianggap sebagai warna yang menyerupai pakaian wanita.
Ada sebab kenapa pakai ianya haram sebab dahulu, pakaian berwarna warna seperti jingga, merah dan terang ini diperbuat dan dicelup menggunakan safron.
Malah, warna itu lazimnya adalah warna serta barang perhiasan wanita jadi itu antara sebab kenapa dia haram.
Tetapi bila kita sebut konteks sekarang, warna baju itu diperbuat daripada warna sintetik malah ia sudah tidak dianggap lagi sebagai perhiasan wanita.
Jadi, tiada lagi istilah haram malah ianya harus untuk dipakai dengan syarat tidak menonjolkan kesombongan dan tidak menyerupai wanita.
Tambah PU Amin, Nabi Muhammad SAW juga pernah mengenakan pakaian berwarna merah di saat riwayat baginda satu masa dahulu.
Ya betul, memang ada dalil mengenai perkara tersebut kerana warna itu mempunyai kaitan dengan perhiasan wanita tetapi sekarang tidak lagi.
Boleh pakai tak ada masalah. Sedangkan Nabi SAW pun pernah pakai baju warna merah.
Video
@era.je Haa sedikit perkongsian dari @pencetusummah_amin . Harap dah terjawab la ya isu / dakwaan pakai baju orange ni. Yela, tahun ni kan ramai yang beli baju raya warna orange. Bak kata omputeh, colour of the year gitteww. So pada siapa yang dah beli tu, tak perlu was-was. ? #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA ? original sound – ERA
Sumber: TikTok Era FM