berita

Boleh Ke Anak Tolong Bayar Zakat Fitrah Ibu & Ayah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

March 21st, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Zakat fitrah merupakan zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Islam yang berkemampuan untuk melakukannya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Terbaharu, penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil menjawab soalan mengenai zakat fitrah yang diajukan oleh seorang jemaah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’

Boleh ke anak tolong bayarkan?

Menerusi video yang dimuat naik @zackD di TikTok, seorang jemaah telah bertanyakan soalan adakah boleh sekiranya seorang anak mahu membayarkan zakat fitrah buat ibu dan ayahnya.

Menurut Ustaz Azhar, tidak boleh bagi seseorang anak untuk membayarkan zakat fitrah selagi ibu bapa mereka masih hidup.

Mak ayah ada lagi tapi anak nak tolong bayar? Jawapannya, tidak boleh. Bagus yang bertanyakan soalan ini.

Jangan memandai-mandai nak bayarkan. Orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri, tak boleh orang lain tolong bayarkan.

Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar memaklumkan bahawa zakat fitrah itu boleh dibayar oleh seseorang anak itu sekiranya meminta izin daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu.

Begitu juga sekiranya seorang isteri mahu bantu membayarkan zakat fitrah bagi pihak suami, dia juga perlu untuk mendapatkan keizinan terlebih dahulu.

Tapi kalau minta izin, boleh. ‘Mak, ayah? Kita nak minta izin bayarkan zakat fitrah mak dan ayah tahun ini’.

Kalau dapat keizinan, baru sah zakat yang dibayar seseorang anak itu terhadap ibu bapanya.

Macam itu juga suami, mereka wajib bayar zakat fitrah isteri. Tetapi, bila isteri nak tolong bayarkan zakat, dia juga kena minta izin dengan suami barulah sah kalau dapat keizinan.

Video

@zack.d5 boleh ke kita byar zakat fitrah untuk org tua kita… #zakatfitrah #kuliahzohor #tazkirah #ustat #uai ? original sound – zackD

Sumber: TikTok zackD 

 

SKIP THIS AD ×