berita

PU Riz Lancar Zikir Selawat Dan Pesanan Untuk Bilal, Peminat Tersenyum Masa Dengar

April 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sering dikenali sebagai pendakwah bebas dan pelakon, kali ini Muhammad Haris Mohd Ismail tampil berbeza apabila melancarkan zikir dan selawat untuk anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Artikel Berkaitan: Neelofa Lakar Sejarah Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Sasar Lebih 30,000 Jualan Untuk Wakaf

Anak yang beruntung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Haris atau dikenali dengan PU Riz menyatakan ini adalah single pertama yang didekasikan untuk permata hatinya.

Kata Riz, 27, Bilal beruntung apabila dikurniakan seorang ayah yang suka menitipkan pesanan sejak dia dilahirkan lagi.

Insya-Allah dan sebutlah alhamdulillah. Single pertama berjudul, zikir selawat dan pesanan untuk Bilal.

Masya-Allah.. Bilal anak yang beruntung punya Abah yang suka memberi pesan yang baik sejak Bilal lahir. Moga Bilal membesar menjadi anak soleh pelapis alim ulama seperti mana impian Ummi dan Abah Bilal. Amin.

Tersenyum dengar zikir ni

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi sambutan yang positif dan menggalakkan.

Video muzik Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal telah dilancarkan di saluran YouTube Faithful sejak tengah malam tadi. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mencecah lebih 4,400 tontonan.

Untuk rekod, Haris dan usahawan Noor Neelofa mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pada 29 Januari lalu, pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Muhammad Bilal.

Sumber: Instagram @hrisbismail

SKIP THIS AD ×