Pendakwah selebriti, Haris Ismail mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai kes curang yang berlaku dalam rumah tangga orang lain.
Artikel Berkaitan: Neelofa Sekeluarga Sambut Raya Di KL, Bakal Dedah Wajah Abdullah Abbas Syawal Ini?
Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Bilal Sudah Pandai Baca Surah Lazim Pada Usia 3 Tahun – ‘Paling Terkejut, Dia Ingat Ayat Awal Dalam Yasin’
Tak sibuk kes curang
Bagaimanapun, Hariz atau mesra dengan sapaan PU Riz berpendapat, tiada bahtera rumah tangga yang sentiasa tenang dan pastinya ada kala akan diuji.
Pada pendapat saya, dalam setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Namun kalau nak komen fasal kes curang dalam rumah tangga, jauh sekali (tidak layak).
Bagaimanapun nasihat saya kepada semua orang termasuk diri sendiri tak usah ambil tahu tentang hal rumah tangga orang.
Haris berkongsi mengenai pandangannya itu menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok UrTV.
Dalam hantaran sama, suami kepada selebriti popular Noor Neelofa itu turut menasihati orang ramai untuk tidak menyibuk hal rumah tangga orang lain.
Sesuatu itu jadi panas disebabkan ada yang terlalu nak ambil tahu. Kita ini kalau ada orang buat baik, kita tak berapa minat. Tetapi kalau orang itu buat buruk, kita boleh ingat sampai bila-bila.
Tambah Haris, sekiranya berlaku kes curang, pasangan suami isteri boleh terus menyelesaikan kes berkenaan di mahkamah syariah.
Lagipun sekarang ini ada saluran yang betul. Kalau sesuatu perkara itu terbukti bersalah boleh terus pergi mahkamah syariah.
Malah akan ada orang yang dilantik untuk utarakan pandangan dan selesaikan sesuatu isu. Orang lain cukup sekadar ambil iktibar.
Sumber: TikTok