Pendakwah selebriti, PU Riz memberi teguran kepada individu yang memandang ringan terhadap kewajipan menutup aurat.
Artikel Berkaitan: PU Riz Terkilan Dijerkah Pak Cik Gara-Gara Baring Dalam Masjid – ‘Bukan Tidur Semalaman Pun, Hanya Tunggu Waktu Solat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Titip Pesanan Untuk Para Suami – ‘Kalau Isteri Tengah Bersalin, Tolonglah Masuk Tengok’
Jangan pamer dosa
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail bertindak menyuarakan pendapatnya berikutan kenyataan individu tersebut disifatkan keterlaluan.
Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut, ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’.
Kita manusia tak lari dari kesilapan, tapi dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap.
Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu turut berkongsi hadis Rasulullah SAW berkenaan larangan mempamerkan dosa.
Kata Nabi Muhammad SAW, ‘setiap umatku diampunkan kecuali yang terang-terangan.’
Kita semua buat dosa, tapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan.
Suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu juga, menasihati supaya setiap Muslim sedar akan kekhilafan mereka.
Malulah kita dengan dosa, sebab yang buat dosa pahala ini bukan bapa saudara kita, tetapi Allah yang menetapkannya.
Belajarlah, jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan sahaja.
Kalau rasa perasaan dalam hati, jadi sandaran semata-mata.
Memang akan binasa hidup ini, syariat tuhan hadir bagi membimbing manusia.
Sumber: IG PU Riz