berita

[VIDEO] PU Riz Titip Pesanan Untuk Para Suami – ‘Kalau Isteri Tengah Bersalin, Tolonglah Masuk Tengok’

February 15th, 2024 | by Alia
Kini Trending

pesanan pu riz

Pendakwah dan selebriti, PU Riz menasihati para suami agar menghargai pengorbanan isteri terutama selepas mereka melahirkan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Nampak Susuk Tubuh & Betis’ – Neelofa Dedah PU Riz Akan ‘Filter’ Baju Sebelum Keluar

Artikel Berkaitan: Bilal Bakal Mula Prasekolah Minggu Depan, Neelofa Kecewa Tak Dapat Akses CCTV Sekolah

‘Jadikan peringatan’

pesanan pu riz

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata perjuangan isteri ketika melahirkan zuriat bukanlah satu perkara yang mudah.

Isteri dah melahirkan anak kita dan kita pun tenang tengok anak-anak. Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata tapi lihat kepada pengorbanan.

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu juga sempat menceritakan momen semasa dia menyaksikan proses kelahiran kedua-dua anaknya iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok.

Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah juga. Bukan geli, tapi rasa kesian.

Justeru itu, perubahah fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai.

Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan ia satu peringatan untuk kita. Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pesanan yang diberikan. Mereka juga menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita yang bertuah kerana memiliki suami yang matang dan penyayang seperti PU Riz.

Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

@seorangnur

Dengar tu para suami, sentiasa ingat dan hargai pengorbanan isteri ??#neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou

? original sound – bintuSijan_. – philophobia

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×