berita

Pukul Guna Penyangkut Baju, Bapa Pelakon Remaja Direman Lagi

September 13th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang sebelum ini direman atas dakwaan serangan seksual terhadap anaknya kini direman sekali lagi selama empat hari.

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Terima Laporan Puteri Balqis Berhubung Kes Gangguan Seksual

Artikel Berkaitan: Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Puteri Balqis Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Individu Dipercayai Ayah Puteri Balqis Buat Laporan Polis? – ‘Masih Waras, Wallahi Tak Terniat Nak Buat’

Memiliki bahan lucah, pengabaian serta serangan seksual

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, lelaki berkenaan yang berusia 43 tahun kini direman sekali lagi bagi membantu siasatan kes memukul remaja itu menggunakan penyangkut baju pada 2014.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, tempoh reman tersebut diperoleh selepas permohonan dilakukan di Mahkamah Majistret, hari ini. Tambahnya lagi, siasatan lanjut terhadap suspek akan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kita telah mengambil keterangan daripada saksi berkenaan bagi membantu siasatan tersebut. Bagaimanapun, jumlah saksi itu saya tidak boleh nyatakan.

Terdahulu, pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun telah membuat laporan polis mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya selain tidak menjaga kebajikannya. Susulan daripada laporan tersebut, suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga semalam bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×