Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang guru besar telah bertindak memukul kepala seorang murid lelaki dalam satu majlis rasmi di sebuah sekolah.
Terkesan dengan perkara tersebut, pelakon Rita Rudaini tampil menyelar tindakan guru besar berkenaan.
Artikel Berkaitan: ‘Ba** Hutan Pun Nampak Macam British Short Hair’ – Rita Rudaini Perli Siapa Tu?
Artikel Berkaitan: ‘Allah Tarik Seorang Buat Hati Remuk, Tapi Allah Ganti 2 ..’- Kejutan Hari Ibu Rita Rudaini Undang Sebak
Jangan malukan murid
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story (IG), Rita atau nama sebenarnya Rita Ridaini Mokhtar berkata sebagai seorang pendidik tindakan guru besar tersebut sama sekali tidak wajar.
Menurut aktres berusia 45 tahun ini, tindakan berkenaan akan memberi impak negatif terhadap murid kerana dianggap memalukannya meskipun kanak-kanak itu bersalah.
Rata-rata komen mesti nak bandingkan cikgu dulu dengan cikgu sekarang. Tak boleh. Pada saya satu sahaja seorang pendidik tidak akan memalukan dan menjatuhkan keyakinan seorang murid di khalayak ramai.
Macam mana nakalnya murid tu, bukan begitu caranya. Apa pelajaran yang budak tu dapat dari guru tu adalah cuma malu, hilang keyakinan dan semangat diri dan lebih kepada dendam.
Nak tegur atau bagi pengajaran, bukan memalukan seorang budak yang belum matang dikhalayak ramai. Beza dekat sini cikgu yang sudah matang, anak murid yang dilempang itu adalah seorang kanak-kanak. Cikgu adalah idola dan mentor murid-murid.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak tersebut berpendapat bahawa guru sepatutnya memberi pengajaran yang lebih baik terhadap murid dan bukannya menghukum sesuka hati.
Nak mengajar boleh bawa ke bilik guru, siasat, bagi kaunseling, nasihat dan rotan kalau betul melanggar peraturan atau disiplin. Itu namanya mengajar.
Kalau pukul ikut suka, maki hamun..budak-budak pun bukan makin elok tapi jadi makin nakal dan keras hati.
Sumber: Instagram Rita Rudaini