berita

Wanita Hamil 6 Bulan Keguguran Selepas ‘Massage’ Di Thailand

February 8th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Wanita hamil biasanya mengalami perubahan hormon dan mengalami alahan tertentu. Bukan itu saja, mereka juga sering mengalami lenguh-lenguh badan, sakit pingggang dan sebagainya disebabkan keadaan perut yang semakin membesar. Biasanya untuk meredakan rasa lenguh-lenguh pada anggota badan, ada di antara ibu hamil yang mendapatkan urutan badan.

Tapi, lain pula dengan kisah wanita hamil, Wirawan Ketkesi yang berusia 25 tahun ini telah mengalami keguguran ketika berurut di sebuah pusat urutan di Chiang Mai, Thailand.

Sedang hamil 6 bulan ketika berurut

bahaya urut

Wirawan yang sedang hamil 6 bulan dikatakan pergi ke pusat urut tersebut untuk meredakan rasa lenguh-lenguh badannya. Ketika ingin mendapatkan urutan, ahli terapi memberitahu bahawa dia tidak boleh mendapatkan urutan satu badan. Hanya boleh urut pada bahagian kaki dan bahu sahaja dan Wirawan sendiri bersetuju.

Badan mengalami kekejangan

bahaya urut

Namun, selepas 1 jam mendapatkan urutan, ahli terapi tersebut pergi ke bilik air sebentar. Sekembalinya dia kepada Wirawan, dia terkejut melihat keadaan Wirawan yang sedang ‘bergelut’ dengan dirinya sendiri akibat kekejangan pada anggota. Melihat keadaan yang semakin teruk, ahli terapi telah membawa Wirawan ke hospital berdekatan.

Janin telah mati dalam perut

bahaya urut

Doktor mengesahkan bahawa Wirawan telah mengalami keguguran dan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan janinnya yang sudah meninggal dunia di dalam perut. Malangnya, keadaan Wirawan masih dalam keadaan koma.

Menurut Dr. Khwanchai Visithanon dari Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand, Wanita yang kurang dari 3 bulan kehamilan harus mengelakkan untuk mendapatkan urutan kerana ia boleh menyebabkan keguguran. Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat urutan haruslah berurut dengan pengamal perubatan tradisional Thai yang telah menjalani latihan sekurang-kurangnya 1 bulan.

Perlu berhati-hati

bahaya urut

Menurut Dr Khwanchai lagi, wanita yang sedang hamil 6 bulan ke atas perlu berhati-hati apabila mendapatkan urutan. Sepatutnya, setiap kedai urut perlulah mendapatkan kelulusan oleh Jabatan Sokongan Khidmat Kesihatan terlebih dahulu serta mempunyai lesen untuk beroperasi. Sebaiknya, bagi anda yang ingin berurut ketika hamil, perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Sumber: nationmultimedia.com</a

SKIP THIS AD ×