Bapak borek anak rintik. Selalunya ianya dapat dikesan melalui persamaan dari segi perwatakan, penampilan dan sebagainya.
Tidak pula bagi anak perempuan raja pop dunia Michael Jackson dimana anaknya Paris Jackson lebih kepada menjadi seorang puteri ‘Punk Rock’.
Paris Jackson yang baru berusia 14 tahun seolah-olah telah bereksperimen dengan segala gaya baru-baru ini.
Penetapan gaya untuk usia remajanya tidak boleh dipertikaikan lagi apabila anak perempuan Michael Jackson melaras sekeping gambar di halaman twitternya dengan berpakaian Punk dan mempamerkan wajah baru.
Anak penyanyi terkenal ini mengayakan sehelai T-shirt Rolling Stones yang dipadankan dengan sepasang seluar pendek berwarna biru serta menggunakan aqua hijau untuk menonjolkan rona warna tersebut setiap helain rambutnya.
Selain itu, beliau mengayakan pakaiannya dengan sarung tangan berbelang merah hitam dan aksesori gelang yang berperincian batu bagi menyerlahkan konsep Punk Rock tersebut.
Penampilan beliau merupakan penampilan yang jauh berbeza daripada kebiasaannya kerana beliau lebih cenderung untuk melangkah keluar dengan seluar pendek, seluar jeans dan kemeja-t.