berita

Punya 6 Rekod Jenayah, Lelaki Dikuarantin Larikan Diri Dari Hospital Berjaya Ditahan Semula

November 23rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, media melaporkan tentang seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulang Pinang. Kejadian tersebut berlaku pada minggu lepas.

Artikel Berkaitan: Tanggal Gelang Pink, Polis Cari Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Pulau Pinang

Terbaru, seorang pesakit Covid-19 di Tanjung Malim, Perak pula bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan semula oleh pihak polis.

Ditahan semula

Foto: Mohd Redzuan Abd Manap 

Memetik laporan Bernama, pihak polis berjaya menahan semula pesakit Covid-19 yang bertindak melarikan diri dari Hospital Slim River, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman, pihaknya menerima laporan dari pihak hospital berkaitan tindakan seorang lelaki yang melarikan diri dari wad 7 pada pukul 4.48 petang.

Dia (pesakit), 29, berjaya ditangkap pada pukul enam petang oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River.

Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River.

Enam rekod jenayah

Foto: Mohd Redzuan Abd Manap 

Menerusi semakan pihak polis, lelaki tersebut mempunyai enam rekod jenayah lampau. Dia telah ditangkap bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Hasil saringan ujian yang dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan, lelaki tersebut disahkan negatif Covid-19 dan akan dibenarkan keluar wad hari ini.

Sumber: Bernama & Mohd Redzuan Abd Manap 

SKIP THIS AD ×