Di Georgetown, Pulau Pinang, pihak polis sedang mencari seorang pesakit Covid-19 yang dipercayai melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang. Difahamkan, pesakit tersebut dipercayai tiada dikatilnya kira-kira jam 3:20 petang tadi.
Pesakit Covid-19 lari dari hospital
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, pesakit yang berusia 23 tahun itu merupakan warga tempatan yang berasal dari Kuala Batas, Pulau Pinang. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan telah mengesahkan berhubung kejadian tersebut.
Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya.
Gelang pink ditanggalkan
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama Muhammad Azim Bin Hanifah tidak memakai gelang pink ketika melarikan diri.
Hal ini kerana, pesakit terbabit telah menanggalkan gelang tersebut sebelum melarikan diri dan meninggalkannya di hospital. Sementara itu, pesakit berkenaan dianggarkan berketinggian 165 sentimeter dan memiliki berat lebih kurang 60 kilogram.
Sumber: Berita Harian, Info Roadblock JPJ/Polis