berita

‘Punya Nak Simpan Duit, Jadi Macam Ni Pula…’

February 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Lily Noorly

Kini, ramai yang mengambil alternatif dengan membuat simpanan setiap bulan gaji yang diterima bagi kegunaan ketika kecemasan. Namun, terdapat juga individu-individu yang memilih cara menyimpan sendiri di rumah berbanding membuat simpanan di bank.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nenek Rugi Besar, Duit Simpanan RM300k Dalam Tin ‘Hangus’ Dimakan Anai-Anai

Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Lily Noorly, tampil menceritakan ‘masalah’ yang dihadapi oleh kawannya apabila membuat simpanan secara persendirian di rumah. Namun, di sebalik permasalahan itu, terdapat solusi yang boleh diimplimentasikan bagi mengelakkan daripada kawannya menanggung kerugian yang tinggi.

Niat nak menabung, lain pula jadi

Foto: Lily Noorly

Jika dilihat menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, menunjukkan keadaan wang kertas itu yang semakin ‘mereput’ dipercayai dimakan oleh anai-anai. Apa yang lebih menyedihkan, apabila duit RM100 turut menjadi mangsa kerakusan haiwan kecil ini. Jelas wanita ini, hasrat kawannya untuk menyimpan duit secara persendirian menjadi sia-sia apabila duit tersebut bertukar sedemikian rupa.

Allahuakhbar… Sekadar perkongsian bersama  terjadi pada sahabat baik sendiri… Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja… Semua duit-duit dia mereput… Qelai… Hancoq bila nak cuba bukak lipatan… Kalau ada sesiapa yang simpan duit dalam tabung tin bercampoq duit syiling rasanya elok dielakkan… Nak kata apa lagi dah kan… Hampir rm1k leboq mcm tu ja… Bawak pi bank tak tau la bank nak terima ka dak be strong sahabat…

Kos kerugian yang ditanggung adalah hampir RM1k, wanita ini turut menceritakan keadaan duit tersebut telah hancur apabila lipatan duit itu dibuka. Pada masa yang sama, dia turut menasihati orang ramai supaya tidak menyimpan duit syiling bersama dengan duit kertas di dalam tabung yang sama.

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima kasih yang share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima… Dia akan bawak p bank… Mudah²an dipermudahkan dan dapat balik ganti… Dia kata kalau tau jadi macam ni memang tak akan simpan mcm tu.

Terbaru, duit yang hancur lebur itu boleh ditukar semula di bank menggantikan duit yang baru. Tidak berakhir di situ, rakannya juga turut kesal dengan apa yang telah terjadi.

Respon netizen

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon daripada warganet dan dikongsi hampir 10k pengguna Facebook. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan nasihat jika situasi seumpama ini berlaku dan seseorang itu boleh menukar duit tersebut di Bank Negara.

Sumber:Lily Noorly

SKIP THIS AD ×