berita

Purple Highlight Pilihan Christina Aguilera!

August 17th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Selain terkenal dengan gaya yang seksi, beliau juga dikenali dengan kemampuan vokal apabila membuat persembahan. Selain itu, segala tindak tanduk perwatakan dan personaliti yang beliau pamerkan sering menjadi pemerhatian awam.

Penyanyi yang bersuara lunak ini sering tampil glamor dengan rambut ‘blonde’ yang panjang mengurai.

Baru-baru ini, Christina Aguilera telah melakukan perubahan secara mengejut kepada peminatnya apabila beliau mempamerkan penampilan rambut  baru iaitu ‘purple highlight’ di The Voice Press Junket and Cocktail Reception in L.A.

Selebriti berusia 32 tahun ini, menampilkan rambut ‘blonde’ panjang mengurai dengan jalur-jalur ungu lembut yang memberikan imej segar dan menarik terhadap personaliti beliau.

Walaubagaimanapun, warna ‘blonde’ beliau masih kekal walaupun Christina membuat pembaharuan terhadap rambutnya.

Beliau yang juga bijak bergaya, memadankan sepasang jaket hitam dengan baju hitam putih untuk menyerlahkan kulitnya yang ‘bronze’ dan mengabungkan aksesori yang menarik dalam penggayaan.

Walaupun perubahan imej memberi risiko yang besar kepada beliau, namun bagi penyanyi ini beliau harus bersiap sedia memenuhi segala kelengkapan di dalam almari pakaian untuk memadankan dengan penampilan beliau agar tampak lebih sempurna.

SKIP THIS AD ×