berita

Pusat Hiburan Keluarga Termasuk Karaoke Dibuka Semula

July 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tadi, menarik perhatian apabila pengumuman pembukaan semula pusat hiburan keluarga telah dibuat. Beberapa pengumuman penting juga telah sama diumumkan.

Karaoke boleh dibuka

Dengan pengumuman oleh Ismail Sabri tadi, ramai rakyat Malaysia sudah boleh melepas gian untuk berkaraoke kembali selepas berbulan tidak dibenarkan melakukan aktiviti tersebut.

Beberapa aktiviti dan tempat hiburan lain juga telah dibenarkan beroperasi seperti karaoke majlis perkahwinan, tempat seperti funfair, hiburan pendidikan dan permainan.

Walaubagaimanapun, pusat hiburan seperti disko dan pub masih tidak dibenarkan untuk beroperasi bagi mengelak penularan pandemik ini berlaku semula.

Sumber : Buletin TV3

SKIP THIS AD ×