Baru-baru ini, nama pelakon Puteri Balqis hangat diperkatakan di media sosial selepas penampilannya yang semakin berani dan seksi.
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Nafi Ibu Hisap Dadah, Memang Kurus Dari Dulu
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Pakai ‘Crop Tops’ Di IG, Imej Seksi Puteri Balqis Curi Tumpuan
Jual body?
Terbaru, Balqis mendedahkan dia menerima komen makian daripada netizen yang menggelarkan dirinya ‘perempuan sundal’ di Instagram Stories.
Memang macam betina sundal pon Puteri Balqis tu. Rupa tak ada, jual body ja la yang mampu.
Balas aktres berumur 15 tahun itu secara sinis, dia juga sibuk menjual buku puisi 38 poem of Puteri Balqis yang ditulisnya sendiri.
Mana ada sundal. Biashe biashe (biasa biasa) ja. Selain takda rupa dan menjual body, saya juga terkenal dengan menjual buku dan bijak menulis puisi. Side income (pendapatan sampingan) bro, nak hidup. Kang masuk Bersamamu lagi sekali, kau juga yang bising.
Dalam perkongsian lain, Balqis turut menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia pernah berjoget di khalayak ramai.
Belia benci dadah
Selain itu, pemilik nama Puteri Balqis Azizi turut diajukan soalan mengenai dadah. Tanya seorang pengguna media sosial, ‘Tak ada cuba nak ambil dadah ke adik?’
Kata pelakon drama Andainya Takdir 2, dia tidak terfikir untuk terjebak dengan najis dadah.
Pada Februari lalu, Balqis mempertahankan ibunya, Norashikin yang dituduh segelintir pihak berdepan masalah ketagihan dadah.
Sumber: Instagram @morosechild