Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana bergerak sendiri ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dengan bantuan agensi pelancongan umrah yang dipilihnya.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tunai Umrah, Patimah Titip Pesanan – ‘Berdoalah Untuk Jodoh Yang Baik’
‘Kurang bercakap’
Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat sedang berjalan di kota suci Mekah.
Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Puteri Sarah menyatakan azamnya pada tahun hadapan untuk kurangkan bercakap dan lebihkan berdoa kepada Allah.
Untuk tahun depan saya hanya akan lebih banyak berdoa dan kurang bercakap
Video yang dimuat naik pelakon berusia 38 itu, turut mencuri perhatian netizen apabila wajahnya yang cantik tanpa sebarang alat solek.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen, mendoakan semoga Puteri Sarah menjadi seorang wanita yang kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
Bukan itu sahaja, ada yang turut menyatakan Puteri Sarah adalah satu contoh untuk semua wanita di luar sana bangkit dan ada juga yang memujinya bahawa dia seorang wanita yang hebat.
Sumber: Instagram