berita

Puteri Sarah Tunai Umrah, Patimah Titip Pesanan – ‘Berdoalah Untuk Jodoh Yang Baik’

December 1st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datin Patimah Titip Pesan Buat Puteri Sarah Liyana

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik gambar dirinya berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah di Instagram (IG).

Menurut Puteri Sarah, dia berasa sedikit takut kerana ini merupakan kali pertama dirinya bergerak sendiri bersama agensi pelancongan umrah yang dipilihnya.

Artikel Berkaitan: ‘Biar Dia Meroyan, Cemburu Tu’ – Patimah Ismail Pertahankan Puteri Sarah

Ibu mentua titip pesanan

Datin Patimah Titip Pesan Buat Puteri Sarah Liyana

Hantaran dimuat naik Puteri Sarah turut mendapat perhatian bekas ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang menitipkan pesanan buat aktres itu.

Menerusi IG Story, ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof telah berkongsi semula hantaran Puteri Sarah dan berpesan kepada menantunya untuk berdoa agar diberikan jodoh yang baik.

Berdoalah untuk jodoh yang terbaik.

Seperti yang sedia maklum, Patimah sentiasa memberikan sokongan dan dorongan buat Puteri Sarah meskipun pelakon drama ‘Suri Hati’ itu sudah bercerai dengan anaknya, Syamsul.

Sekadar info, Syamsul membuat pengakuan dirinya sudah berkahwin Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand.

Selepas lima bulan berdepan dengan kemelut rumah tangga, Syamsul dan Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×